Showing posts with label PT3. Show all posts
Showing posts with label PT3. Show all posts

Monday, 31 October 2016

Mutiara Bonda KOMSAS Tingkatan 3

Sinopsis
Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang  yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis  semasa serbuan polis di sebuah pondok  yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz  tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.



Tema                                                                                                


Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.


Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.



Persoalan


i.        Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.


Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil.


ii.        Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.


Contoh: Keempat-empat  orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.   


iii.        Keciciran pelajar luar bandar.


Contoh:  Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.


iv.        Masalah sosial dalam kalangan remaja.


Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya  yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan ganja.


v.        Tekanan  hidup anak bekas banduan.


Contoh:  Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh terlibat dalam kes dadah. 


Plot


i.        Permulaan


Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang  sangat  gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran  di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat  ketika membesarkan adik sehingga  berjaya. Ketika  Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.


ii.        Perkembangan


Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga  dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.


iii.        Puncak


Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd.  Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.


iv.        Peleraian


Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya  dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.



Teknik Plot


i.        Pemerian


Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah perkhabaran daripada adik di Jordon. 


ii.        Dialog


Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik) keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku.


iii.        Imbas Kembali


Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya  ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.


iv.        Kejutan


Contoh:  Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah tangan.


v.        Saspens


Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak.


vi.        Konflik


Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu.



Watak utama


Adik


i.        Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi.


ii.        Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.


iii.        Degil dan keras hati. 


Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam.


iv.        Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. 


Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.


v.        Panas baran.


Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah  bonda enggan memberikannya.


vi.        Insaf akan kesalahan yang dilakukan.


Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya.


vii.        Berpelajaran tinggi.


Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.



Watak Sampingan


Bonda


i.        Ibu tunggal yang kematian suami.


ii.        Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.


iii.        Gigih membesarkan anak-anak.


Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.


iv.        Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup.


Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku.


v.        Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya. 


Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.


Kak Cik


i.        Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.


ii.        Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya. 


Contoh:  Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.


iii.        Anak yang bertanggungjawab.


Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.



Latar


Latar Masa


i.        Waktu pagi


Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap untuk ke taski.


ii.        Waktu senja


Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.


iii.        Waktu malam


Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.



Latar  Tempat


i.        Rumah Bonda


Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda sehingga terluka.


ii.        Pondok di dusun


Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik berkumpul dan menghisap ganja.


iii.        Atas katil


Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.


Latar Masyarakat                                                                                                    


i.        Masyarakat yang gigih mendidik anak.


Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.


ii.        Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.


Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.


iii.        Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.


Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya  terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah.


Gaya Bahasa


i.        Personifikasi. Contoh:     -    tikaman masa lampau yang menajam di ingatan


ii.        Hiperbola. Contoh:    -    melangit tingg   -    berasap-asap bara meluat


iii.        Sinkope. Contoh :    -     “Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”


iv.        Pengulangan. Contoh :   -    tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking


v.        Simile. Contoh:  -     perangainya persis syaitan-     bonda bagai tercampak ke pulau hana


vi.        Peribahasa. Contoh:   -    bersengkang mata -    mengembalikan manikam ke dalam cembulnya



Nilai


i.        Nilai kasih sayang. Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .


ii.        Nilai bertanggungjawab. Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya.


iii.        Nilai kesabaran.


Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.


iv.        Nilai kegigihan.


Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga  berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.


v.        Nilai keinsafan.


Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar semula.


vi.        Nilai ketabahan.


Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.



Pengajaran


i.        Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.


Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.


ii.        Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.


Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya.


iii.        Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar.


Contoh: Adik berhenti sekolah ketika  darjah enam.


iv.        Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.


Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya menampar adik.


v.        Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.


Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.


vi.        Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.


Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.

Thursday, 1 September 2016

Last post before PT3 :(

Okay gais.. tolong sangat2 doakan Ainaa. Semoga dapat straight A's PT3 2016 Amin. For those yang ambil PT3 jugak tahun ni.. Ainaa doakan yang terbaik all the best! 

Goodluck! Untuk yang bawah 15 Ainaa harap korg bersedia daripada awal persekolahan, jangan jadi macam Ainaa bila dalam zon TAK SELESA baru nak gerak uhuk uhuk! Sejarah and Geografi jangan ambil mudah (maybe bagi korg mudah) mmg mudah tapi still kena buat betul2 sebab dua2 tu dikira dalam slip result kita nanti. 

All the best sayang sekalian HAHAHA! 

banggakan mak ayah and prove it to your enemies!

Itu motivasi yang Ainaa guna hope berkesan lah HAHA okay da mula melalut da mula mengantuk da mula bosan and da mula kena berusaha Caiyokkkkk!!!


InsyaAllah, Ainaa Mathirah binti Ahmad Amran mendapat straight A's (10A) dalam PT3 2016! Amin... sama2 kita doakan yang terbaik buat masing2.


Bak kata cikgu Jinggo, kita kena JEMPUT kejayaan datang bukan CARI

Sekian, Terima Kasih!!!

Monday, 18 July 2016

Kerja Lapangan Sejarah And Kajian Kes Geografi

Okay, i admit it. Daripada sebelum cuti raya untill sekarang memang busy gila dengan FOLIO SEJARAH AND GEOGRAFI!!!

Rse macam rambut pun da tumbuh uban!


ewwww! hahaha okay! 

For those yang da LEPAS (Form 4 and 5), Tahniah, saya jeles akan anda.

For those yang masih belum PT3 (Form 1 and 2), sila persiapkan diri anda. 

Oleh itu, harini Ainaa sanggup bukak blog yang da berhabuk berzaman ni, sebab nak share satu blog yang korg boleh refer (but not 100%).

Blog dia ni mmg TERBAIK DARI LADANG! Sumpah tak tipu, it just KEMAS, CANTIK, TERSUSUN ATUR, COMEL and whatever is Thanks to @cikbalqis sebab buat blog yang SANGAT TERBAIKKKKKK!!!!

 KAT BAWAH NI BLOG CIK BALQIS KORANG BOLEH REFER (PT3) 

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/

Sunday, 22 May 2016

PT3 is coming!

Hey, calon-calon PT3 dan rakan seperjuangan PT3. actually esok Ainaa ada exam Science dgn Math tau, tapi masalahnya itulah, Ainaa malas hahahaha! Doakan Ainaa esok! Hope dapat jawb dengan tenang esok :( . So kalini Ainaa nak share satu TIPS Ainaa belajar. Korang pun tau kan ainaa pemalas hahaha! 



Semalam emak Ainaa bagi wassap kat Ainaa macam ni:

click for the whole image (ikutlah klau nak zoom ke)
So, Ainaa nak share dgn korang

#PT3 

Nota PT3 2016. Jika ada anak2, atau kawan2 yang ada anak yang bakal duduki PT3 2016 ni boleh share supaya sama2 berjaya insyaAllah

BM  : http://gg.gg/40zux
BI     : http://gg.gg/40zuz
SEJ    : http://gg.gg/40zv3
PAI   :  http://gg.gg/40zuy
GEO : http://gg.gg/40zv4
KH    : http://gg.gg/40zv2
MT    : http://gg.gg/40zv0
SN     : http://gg.gg/40zv1

HOPE DIMANFAATKAN MUAHAHAHA

Other than that, Ainaa suka layan blog Cikgu Hailmi

www.cikguhailmi.com


dan juga Ainaa nak doakan semua rakan PT3 seperjuangan Ainaa sama2 berjaya AMIN!



Friday, 13 May 2016

Different Between Alveoli and Alveolus :)

Bila baca buku Teks Science or buku rujukan, certain student confius different between Alveoli and Alveolus.. So.. alveolus and alveoli is the same thing, the different is it plural or singular.

Alveolus is for SINGULAR. I repeat, SINGULAR

So that, Alveoli is for PLURAL. 

Example: 
Alveolus 
Gas exchange in Alveolus

Alveoli
Gas exchange in the lungs takes places inside the alveoli by diffusion. 

That's all for today, xoxo Angry Ainaa 

Friday, 8 April 2016

Hikayat Patani KOMSAS Tingkatan 3

Sinopsis
           

        Cerita ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Mahligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana yang mempunyai anak lelaki bernama Phaya Tu Antara.  Phaya Tu Antara menjadi raja selepas  kemangkatan ayahandanya dengan gelaran  Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan menyuruh rakyatnya untuk menjejaki  rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan  dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam anjing perburuan itu menyalak dengan kuat. Anjing itu mengejar  seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut  menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa  berangkat ke tepi pantai dan menemui sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan  mereka rakyat Kota Mahligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Baginda dikurniakan  tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan  Mahacai Pailang.

Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada siapapun yang dapat mengubatinya, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa  mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji.  Selepas dua tahun baginda meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Jika berulang lagi beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

Nakhoda kapal dari negara China telah menghadiahkan  sebuah peluru besar kepada Sultan Ismail , negerinya tidak mempunyai meriam. Sultan Ismail merasakan baginda telah diaibkan, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak menyuruh anak muridnya Abdul Mukmin menjual tembaga tersebut kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa  membawa tembaga menyebabkan, Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh lalu, mayatnya dihanyutkan  ke sungai.  Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar  meminta keizinan raja bagi mengkebumikan mayat tersebut. Semasa  pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.

Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam iaitu Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu
.


Tema

Tema hikayat ini ialah asal usul pemerintahan dan pembukaan Negeri Patani. Phaya Tu Naqpa berasa kagum dengan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, raja berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Raja Phaya Tu Naqpa telah  bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani  Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.


Persoalan

1. Cara pembentukan sebuah kota (bekerjasama)
2. Keberanian dalam menegakkan kebenaran.
3. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.
4. Menunaikan janji yang telah dibuat.
5. Pengislaman seorang pemerintah.


Watak dan Perwatakan
Watak Utama


Phaya Tu Naqpa
•      Nama asalnya Phaya Tu Antara
•      Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa
•      Nama Islamya Sultan Ismail Syah  Zillullah Fil-Alam
•      Seorang yang tidak berpegang pada janji
•      Akur kepada janji setelah ditimpa musibah.
•      Mempunyai tiga cahaya mata iaitu Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.

Watak Sampingan
Syeikh Said
•      Berpegang teguh pada ajaran agama Islam
•      Berkebolehan mengubati penyakit.
•      Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan.
•      Berani kerana benar. Buktinya Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.
•      Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.

Kerub Picai  Paina
•      Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )
•      Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuanku Mahacai
•      Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa
•      Anak kedua daripada tiga adik beradik
•      Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

Mahacai Pailang
•      Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa
•      Menggunakan gelaran Sultan Manzur  Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuk Besar
•      Orang yang bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin



Latar
Latar Tempat
·         Jambatan Kedi – Tempat Encik Tani turun ke laut
·         .Pintu Gajah
•      Tempat pelanduk putih menghilangkan diri
•      Sebuah pangkalan di tepi laut.
•      Tempat hukuman bunuh dijalankan ke atas Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.
·         Kampung orang Pasai – Tempat tinggal Syeikh Said.
·         Balairung istana – Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat  menjalankan proses pengislaman.
·         Sungai – Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.


Latar Masa
i)             Zaman pemerintahan  Phaya Tu Naqpa menerima pengaruh Islam.
ii)  Malam
iii)  Bulan Ramadan.

Latar Masyarakat

  • Masyarakat feudal
  • Masyarakat  yang taat setia kepada pemerintah.
  • Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.
  • Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.
Gaya Bahasa
Bahasa istana
Contoh : baginda, sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.
Bahasa Arab
Contoh : karar, syafaat, takdir

Nilai
  • Bekerjasama.
  • Ketegasan
  • Keberanian.
  • Berpendirian tegas.
  • Menepati janji.
  • Keinsafan.
Pengajaran
  • Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
  • Kita hendaklah tegas menguatkuasakan undang-undang.
  • Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran.
  • Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
  • Kita hendaklah menepati janji.
  • Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.

Sunday, 20 March 2016

Solat Jenazah

sempena cuti sekolah seminggu, memang confirmlah ada homework en? tidak kurang juga dengan mata pelajaran Agama.. walaupun nampak tak penting..tapi ia penting sangat.. Jadi, sempena cuti sekolah uztazah kitorg ada bagi satu assigment mengenai solat jenazah.. Jadi disini Ainaa nak kongsi la info yang Ainaa research! Thank u for those yg tolong Ainaa!!! Nanti kalau da siap slide tu..Ainaa publish kat sini tau!

SOLAT JENAZAH


 PENGENALAN

-Solat Jenazah terdiri daripada 8 rukun

-Hukum melaksanakannya adalah "Fardhu Kifayah"

-Fardhu Kifayah dalam erti bahasa; jika tiada yang menjalankan, semua akan berdosa.

- Solat jenazah dilaksanakan dengan ruku’, sujud, i’tidal dan tahiyyat, bersamaan 4 takbir dan 2 salam,

-Solat Jenazah dilakukan dalam keadaan berdiri. 


RUKUN

1. Niat
2.Berdiri jika mampu
3.4 kali takbir
a.Membaca surah Al-Fatihah
b.Selawat ke atas Nabi
c.Doa Jenazah
d.Doa
4.Salam

TATA DAN CARA


1. Lafazh Niat Shalat Jenazah :


"Ushalli ‘alaa haadzal mayyiti fardlal kifaayatin makmuuman/imaaman lillaahi ta’aalaa.."

Artinya:
"Aku niat shalat atas jenazah ini, fardhu kifayah sebagai makmum/imam lillaahi ta’aalaa.."

2. Setelah Takbir pertama membaca: Surat "Al Fatihah."

3. Setelah Takbir kedua membaca Shalawat kepada Nabi SAW : "Allahumma Shalli ‘Alaa Muhamad?"

4. Setelah Takbir ketiga membaca:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Ya Allah! Ampunilah dia (mayat) berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada istrinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.”

atau bisa secara ringkas :

"Allahummagh firlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu.."

Artinya:
"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia"

5. Setelah takbir keempat membaca:
"Allahumma la tahrim naa ajrahu walaa taftinnaa ba’dahu waghfirlanaa walahu.."

Artinya:
"Ya Allah janganlah kami tidak Engkau beri pahalanya, dan janganlah Engkau beri fitnah kepada kami sesudahnya, dan berilah ampunan kepada kami dan kepadanya"

6. "Salam" kekanan dan kekiri.

Catatan: Jika jenazah wanita, lafazh ‘hu’ diganti ‘ha’.
 

 OKAY ITU JE!! I'LL SEE U AROUND!!!! GUDEBYEEE
 

Angry Ainaa Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates