Showing posts with label School. Show all posts
Showing posts with label School. Show all posts

Thursday, 24 August 2017

Pendidikan Islam T4 - Zikrullah Pengubat Hati (Adab)


 1.      MAKSUD ZIKIR :
·         Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan

2.       TUNTUTAN BERZIKIR KEPADA ALLAH
·         Ia merupakan cara manusia berhubung dengan penciptanya
·         Orang bertakwa sentiasa mengingati dalam semua keadaan
  3.     ADAB BERZIKIR
·         Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya
·         Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
·         Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat didalam nas al-Quran atau as-Sunnah
·         Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
·         Menggunakan suara yang perlahan
·         Perbanyakkan berzikir dalam suasana genting
·         Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
·         Tidak berzikir semasa qadhak hajat

4.       SEBAB PERLU BERADAB KETIKA BERZIKIR
·         Supaya tidak menggunakan ketenteraman orang lain
·         Untuk mencapai kesempurnan dalam ibadat
·         Selaras dengan sunat rasulullah s.a.w
·         Supaya zikir diterima Allah
·         Berdisiplin dalam menunaikan ibadat

5.       HIKMAH BERADAB KETIKA BERZIKIR
·         Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya
·         Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang
·         Mendidik jiwa supaya mengingati Allah
·         Mendapat pahala

6.       LAFAZ DAN MASA YANG AFDHAL UNTUK BERZIKIR
·         لا إله إلا الله
·         Pada awal pagi
·         Selepas solat sunat dan fardhu
·         Semasa dalam sujud terakhir dalam solat

7.       KESAN MENGAMALKAN BERZIKIR DEPADA ALLAH
·         Tidak terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana tidak mudah dikuasai syaitan dan mampu                          mengawal nafsu
·         Tidak lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
·         Berada dalam keadaan tenang
·         Dapat menghidupkan hati yang telah mati akibat lalai dengan tuntutan agama

8.       KERUGIAN KEPADA ORANG YANG TIDAK BERZIKIR
·         Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu
·         Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
·         Berada dalam keadaan gelisah

Monday, 16 May 2016

SELAMAT HARI GURU


Kad Ucapan yang Ainaa buat tadi.. utk semua guru yang Ainaa sayang.. maaf tiada hadiah..

Tadika Jalinan City
SK seksyen 2 Bandar Kinrara (SKS2BK)
SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara (SEMESTIB JUARA)

Thank You!! And selamat hari guru!!

Wednesday, 4 May 2016

Tak Pergi Sekolah :p

Okay hye!

Hari ini Ainaa tak pergi sekolah!! Okay!

Nak tahu sebab apa? Sebab Ainaa teman abang Ainaa kat hospital.. no one will take care of him ! :(


Yeay!! Officially burn school for today!!!



Tuesday, 3 May 2016

DILARANG KENTUT!


hahahaha! tadi masa PSV kitorang belajar tajuk "REKA BENTUK GRAFIK" dan tajuk kecilnya "Simbol" soon after, Puan Ching Kok Cheng suruh kitorang reka 1 simbol yang memberi manfaat kepada semua.. Ainaa puas fikir, simbol apa yg memberi manfaat kpd semua? 

Jadilah! SIMBOL DILARNG KENTUT! Ia memberi manfaat kepada semua yang inginkan udara segar aman dan damai muhehehe!!!

Okay itu sahaja, perkongsian ilmu Ainaa kpd korang semua! HOPE MEMBERI MANFAAT LA YE?? Salam , xoxo Angry Ainaa

Sunday, 20 March 2016

Solat Jenazah

sempena cuti sekolah seminggu, memang confirmlah ada homework en? tidak kurang juga dengan mata pelajaran Agama.. walaupun nampak tak penting..tapi ia penting sangat.. Jadi, sempena cuti sekolah uztazah kitorg ada bagi satu assigment mengenai solat jenazah.. Jadi disini Ainaa nak kongsi la info yang Ainaa research! Thank u for those yg tolong Ainaa!!! Nanti kalau da siap slide tu..Ainaa publish kat sini tau!

SOLAT JENAZAH


 PENGENALAN

-Solat Jenazah terdiri daripada 8 rukun

-Hukum melaksanakannya adalah "Fardhu Kifayah"

-Fardhu Kifayah dalam erti bahasa; jika tiada yang menjalankan, semua akan berdosa.

- Solat jenazah dilaksanakan dengan ruku’, sujud, i’tidal dan tahiyyat, bersamaan 4 takbir dan 2 salam,

-Solat Jenazah dilakukan dalam keadaan berdiri. 


RUKUN

1. Niat
2.Berdiri jika mampu
3.4 kali takbir
a.Membaca surah Al-Fatihah
b.Selawat ke atas Nabi
c.Doa Jenazah
d.Doa
4.Salam

TATA DAN CARA


1. Lafazh Niat Shalat Jenazah :


"Ushalli ‘alaa haadzal mayyiti fardlal kifaayatin makmuuman/imaaman lillaahi ta’aalaa.."

Artinya:
"Aku niat shalat atas jenazah ini, fardhu kifayah sebagai makmum/imam lillaahi ta’aalaa.."

2. Setelah Takbir pertama membaca: Surat "Al Fatihah."

3. Setelah Takbir kedua membaca Shalawat kepada Nabi SAW : "Allahumma Shalli ‘Alaa Muhamad?"

4. Setelah Takbir ketiga membaca:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Ya Allah! Ampunilah dia (mayat) berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada istrinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.”

atau bisa secara ringkas :

"Allahummagh firlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu.."

Artinya:
"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia"

5. Setelah takbir keempat membaca:
"Allahumma la tahrim naa ajrahu walaa taftinnaa ba’dahu waghfirlanaa walahu.."

Artinya:
"Ya Allah janganlah kami tidak Engkau beri pahalanya, dan janganlah Engkau beri fitnah kepada kami sesudahnya, dan berilah ampunan kepada kami dan kepadanya"

6. "Salam" kekanan dan kekiri.

Catatan: Jika jenazah wanita, lafazh ‘hu’ diganti ‘ha’.
 

 OKAY ITU JE!! I'LL SEE U AROUND!!!! GUDEBYEEE

Friday, 18 March 2016

 

Angry Ainaa Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates