About Me


Cerita mengenai saya, Angry Ainaa. Nama sebenar Ainaa Mathirah. Ada 3 panggilan yang lain, iaitu daripada Angry Ainaa, Badak Merah , Panda, and yang paling latest Humpty Dumpty


Panggilan Angry Ainaa ni mula daripada darjah 5, 6. Sebab Ainaa macam suka buat muka marah pastu time tu pulak Angry Bird tengah popular hehe


Ainaa mula digelar Badak Merah oleh  (musuh tradisi) sebab Ainaa asyik pakai baju sukan Merah je. Ramai yang kata badak ni hodoh la itula ini la, semuanya negative. Yes Ainaa pun admit yang badak hodoh and itu ini. Tapi cuba korang bayangkan bila digelar direct Badak Merah. 
Bila da digelar Badak Merah baru Ainaa perasan badak comel sebenarnya. Ramai yag tak perasan benda tu. Jantan betina dua-dua comel gila.

Hah? camner? comel kan?? Siap bulu mata lentik-lentik lagi hahaha. Tubuh dorang yang gebu berlapis-lapis tu yag buatkan dorang comel. Berdasarkan fakta badak adalah sejenis haiwan Herbivore . Badak pun ada kebolehan tinggal di darat dan air. 
"eleh ni Badak betina, memang la comel" 

cuba tengok badak jantan pulak, versi cartoon

tudiaaa. lagi comel dari badak betina.

Lepas Badak, apa kata kita tengok gelaran Ainaa yang ketiga, PANDA


Ainaa digelar Badak Panda ataupun Panda sebab lepas Ainaa diejek Badak Merah, Ainaa pakai Baju putih pulak. Okay, bayangkan Ainaa pakai tracksuit hitam line putih, baju T-shirt putih, inner hitam dengan tudung hitam. Mata pulak gelap aje. Mata Panda. Maunya takdigelar Panda. Tapi kita ilek je, Panda comel gak apa? Walaupun saiz dorang agak besar, Ni baru Giant Panda. belum Baby Panda


nampak tak? Ternyata Baby Panda lagi comel daripa Giant Panda. <3

Lepas Panda, yang paling latest Humpty Dumpty


Al kisahnya time tu, bulan Ramadhan memang kena pakai straight sebulan baju Uniform sekolah. Ainaa ada empat tudung sekolah, tapi setiap hari Ainaa basuh, pastu malas nak cari tudung kat almari baju, Ainaa pakailah yang tahun lepas punya, pakai-pakai dengan takde lencana, name tag naseb bukan hari Isnin, tapi hari Jumaat. semuanya macam biasa sampailah waktu Asar. Memang kena solat Jemaah kat Surau. Lepas habes solat, tudung memang terabur, cermin tarak, so Ainaa pun main pakai jela. Pakai-pakai sape tah tegur Ainaa da lupa, sebab kejadian ni dalam bulan 9-10 gitu. Sape tah tegur muka Ainaa nampak macam Telur. Start tula Ainaa digelar telur, tapi Ainaa gelar Humpty Dumpty. SEKIAN


0 comments:

Post a Comment

 

Angry Ainaa Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates