Monday 11 April 2016

Petua Menghilangkan Sakit Tekak a.k.a Batuk

Panas = Batuk = Sakit Tekak = sakit dada = suara pecah =  hilang fokus = kurang keyakinan diri dan bermacam lagi.. 

Semua ini berpunca daripada PANAS! Memandangkan cuaca di Malaysia semakin panas.. Ainaa ingin berkongsi tips kepada semua.. sebab Ainaa pun tadi tak pergi sekolah sbb batuk.. Takut rakan sebelah berjangkit.. 

Okay.. Tips yang pertama adalah.. batuk dan kemudian...



1) Air limau campur Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Nisbah 1:5, tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang asli tu lagi bagus lagi pekat gitu. Amalkan minum air ni 3 kali sehari macam minum ubat. Kalau tak ada madu (yerla ada org kt rumah dia mana sediakan madu bagai ni), boleh juga campurkan perahan jus lemon dan teh untuk kesan yang melegakan tekak. Pernah sekali tu Ainaa minum kopi hitam kt kampung masa sakit tekak, habis sepupu Ainaa yg duduk depan Ainaa terkena semburan Air Kopi Hitam legam. Nasib lelaki, kalau perempuan mesti gedik habis.. 

2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam air. Kacau dan biarkan sekejap pastu tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Amalkan sehingga sakit tekak fully recovery! hehe! Yang ni Ainaa tak try.. 
3) Kumur Dengan Air Garam – Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak. Ni 100% berkesan! Alhamdulilah!!! Syukur, kalau tekak Ainaa gatal tu Ainaa akan genggam tangan kuat2, pukul teddy bear dan bermacam lagi aksi untuk lepaskan geram sbb lepas batuk mesti macam ada benda yg ganggu tekak kita kasi gatal! Eyyyy!!
4) Jus Timun – Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau tak nak blend, boleh gak makan timun secara ulam(terus makan) dan tambahkan dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak. yelah sbb 905 drpd timun adalah air!
Hope info ni berkesanlah for those yg macam Ainaa! Batuk2 di musim panas! And.. kalau da tau batuk, pakailah mask mulut bagi elakkan org lain berjangkit! Haha Ainaa kena cari mask mulut kt rumah.. kalau ada lah :( Bubye guys!

Fakta Menarik #2


Seperti biasa.. Fakta Menarik hari ini yang Ainaa jumpa dari Berita Harian 
 mengatakan bahawa..

"Ikan Emas akn bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap"

Friday 8 April 2016

Hikayat Patani KOMSAS Tingkatan 3

Sinopsis
           

        Cerita ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Mahligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana yang mempunyai anak lelaki bernama Phaya Tu Antara.  Phaya Tu Antara menjadi raja selepas  kemangkatan ayahandanya dengan gelaran  Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan menyuruh rakyatnya untuk menjejaki  rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan  dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam anjing perburuan itu menyalak dengan kuat. Anjing itu mengejar  seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut  menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa  berangkat ke tepi pantai dan menemui sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan  mereka rakyat Kota Mahligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Baginda dikurniakan  tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan  Mahacai Pailang.

Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada siapapun yang dapat mengubatinya, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa  mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji.  Selepas dua tahun baginda meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Jika berulang lagi beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

Nakhoda kapal dari negara China telah menghadiahkan  sebuah peluru besar kepada Sultan Ismail , negerinya tidak mempunyai meriam. Sultan Ismail merasakan baginda telah diaibkan, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak menyuruh anak muridnya Abdul Mukmin menjual tembaga tersebut kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa  membawa tembaga menyebabkan, Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh lalu, mayatnya dihanyutkan  ke sungai.  Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar  meminta keizinan raja bagi mengkebumikan mayat tersebut. Semasa  pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.

Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam iaitu Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu
.


Tema

Tema hikayat ini ialah asal usul pemerintahan dan pembukaan Negeri Patani. Phaya Tu Naqpa berasa kagum dengan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, raja berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Raja Phaya Tu Naqpa telah  bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani  Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.


Persoalan

1. Cara pembentukan sebuah kota (bekerjasama)
2. Keberanian dalam menegakkan kebenaran.
3. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.
4. Menunaikan janji yang telah dibuat.
5. Pengislaman seorang pemerintah.


Watak dan Perwatakan
Watak Utama


Phaya Tu Naqpa
•      Nama asalnya Phaya Tu Antara
•      Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa
•      Nama Islamya Sultan Ismail Syah  Zillullah Fil-Alam
•      Seorang yang tidak berpegang pada janji
•      Akur kepada janji setelah ditimpa musibah.
•      Mempunyai tiga cahaya mata iaitu Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.

Watak Sampingan
Syeikh Said
•      Berpegang teguh pada ajaran agama Islam
•      Berkebolehan mengubati penyakit.
•      Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan.
•      Berani kerana benar. Buktinya Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.
•      Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.

Kerub Picai  Paina
•      Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )
•      Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuanku Mahacai
•      Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa
•      Anak kedua daripada tiga adik beradik
•      Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

Mahacai Pailang
•      Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa
•      Menggunakan gelaran Sultan Manzur  Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuk Besar
•      Orang yang bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin



Latar
Latar Tempat
·         Jambatan Kedi – Tempat Encik Tani turun ke laut
·         .Pintu Gajah
•      Tempat pelanduk putih menghilangkan diri
•      Sebuah pangkalan di tepi laut.
•      Tempat hukuman bunuh dijalankan ke atas Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.
·         Kampung orang Pasai – Tempat tinggal Syeikh Said.
·         Balairung istana – Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat  menjalankan proses pengislaman.
·         Sungai – Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.


Latar Masa
i)             Zaman pemerintahan  Phaya Tu Naqpa menerima pengaruh Islam.
ii)  Malam
iii)  Bulan Ramadan.

Latar Masyarakat

  • Masyarakat feudal
  • Masyarakat  yang taat setia kepada pemerintah.
  • Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.
  • Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.
Gaya Bahasa
Bahasa istana
Contoh : baginda, sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.
Bahasa Arab
Contoh : karar, syafaat, takdir

Nilai
  • Bekerjasama.
  • Ketegasan
  • Keberanian.
  • Berpendirian tegas.
  • Menepati janji.
  • Keinsafan.
Pengajaran
  • Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
  • Kita hendaklah tegas menguatkuasakan undang-undang.
  • Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran.
  • Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
  • Kita hendaklah menepati janji.
  • Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.

Friday 1 April 2016

Dancing.. a problem?

Okay this is me when i'm dancing..
and i feel like this..


I know its normal right? but this is what other people saw me like...


"aww u are so cute" -people who saw me dancing

OMG! i thought that people will hate when saw my dance! haha lol that's all THANK YOU! 

Just Happened

+Ainaa Muhassonah do you remember this? it happened just now to us!

LOL RIGHT?

Fakta Menarik #1

Fakta menarik utk hari ini!

Adakah anda tahu? Kira-kira 88 peratus orang membuat keputusan penting di dalam hidup ketika mandi.

Okay this is very true af! Maybe masa kita mandi, kita termenung then thinking about it. What is our next move? what should we do aftr school? what this, what that? hahahahahaha! Okay xoxo assalammualaikum! 

Meme for today!

This is me just now ! hahahaha! 
 

Angry Ainaa Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates