Thursday 14 September 2017

Biodata, sebab, jasa, pendidikan, sifat peribadi dan karya Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi)

BIODATA dan RIWAYAT HIDUP ABU HANIFAH
Nama penuh: Nukman Bin Thabit
Tahun kelahiran:  80 Hijrah
Tahun beliau Wafat: Pada 150 Hijrah
Keturunan: Parsi
Pekerjaan Ayah: Seorang Peniaga Kain
Tempat Dibesarkan: Dibesarkan di Kufah, kehidupan yang senang dan mewah
Tempat kelahiran: Di Kufah  semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Tempat beliau wafat: Meninggal dunia dalam penjara ketika berumur 70 tahun


SEBAB DIGELAR ABU HANIFAH :
 i) Sentiasa membawa tinta ke mana sahaja.
 ii) Beliau mempunyai seorang anak bernama Hanifah.
​ iii) Hanifah bermaksud cenderung kepada agama.


JASA ABU HANIFAH TERHADAP ILMU : 
1) Menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai
2) Membezakan di antara hadis sahih dan tidak sahih
3) Menghasilkan beberapa buah kitab untuk rujukan
4) Menyuruh muridnya menggunakan fikiran terhadap sesuatu hukum
5) Memutuskan sesuatu hukum dengan menggunakan akal berpandukan Al-Quran dan Hadis.


PENDIDIKAN:
i) Mempelajari pelbagai ilmu terutama undang-undang islam.
ii) Berguru dengan Imam Hamad Bin Abi Sulaiman selama 18 tahun(FEQAH).
iii) Berguru dengan ulama tabiin
iv) Menemui beberapa orang sahabat diantaranya Anas Bin Malik dan Abdullah Bin Abi Aufa.

SIFAT PERIBADI :
i. Berakhlak mulia
ii. Pemurah
iii. Ikhlas
iv. Berani
v. Suka memberi nasihat
vi. Rajin berusaha
vii. Bercita-cita tinggi
viii. Kuat beribadat contohnya beliau sering qiamullail, solat sunat dan membaca Al-Quran. 

KARYA PENINGGALAN BELIAU :

i. Fiqh Al-Akbar
ii. Al-Alim Walmutaalim
iii. Masnad Fiqh Al-Akbar
iv. Masail Usul
v. Fatwa Al-Waqiah
vi. Al-Kisaniyat



 

Angry Ainaa Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates