Wednesday 23 December 2015

Kerja Baru

Assalamualikum, 1st of all, Ainaa nak ucapkan Happy Holiday buat semua yang Ainaa kenal ataupun tak kenal. Da lama Ainaa tak update. So harini Ainaa nak update pasal apa yang Ainaa buat kat rumah dua tiga minggu ni. Ingat tak? Ainaa pernah cerita pasal cerita-cerita yang Ainaa nak buat. Act, ada banyak cerita, cerepen yang Ainaa buat. cuma, Ainaa tak hantar kat mana-mana(entah dorang terima ataupun..nahh..) ataupun publish. Tapi, harini Ainaa akan bagi Chapter 1 dalam cerita RTEN@ dengan L A M P A U. Dua-dua ni yang paling latest Ainaa buat. 


Angry Ainaa


Ni dia.. L A M P A U . 

SIPNOPSIS L A M P A U :
Azura bekerja sebagai Head Of Media Unit di sebuah syarikat tersohor, walaupun bapanya seorang Ahli Usahawan yang punyai gelaran Dato'. Dia masih berkeras untuk berdikari. Azura punyai seorang kawan rapat sejak Kolej, Nadia. Walaupun Nadia sudah lama berkawan dengan Azura, dia masih tidak megetahui kisah Lampau Azura yang membuatkan Azura tidak mahu bercinta dengan mana-mana lelaki. Sehinggalah, Zafran dan Harith muncul sekali lagi di dalamn kehidupan Azura. Adakah Azura akan memberitahu kebenaran kepada Nadia? Atau sebaliknya dia terpaksa menyembunyikan diri daripada berhadapan dengan semua ini? Nantikan sebuah karya Angry Ainaa


Yang ni pulak, nama karya agong ni tak sure lagi. Still dengan nama RTEN@

SIPNOPSIS RTEN@ :
Azeyra dan Azril adalah adik beradik yang saling memahami antara satu sama lain. Di sekolah rendah, Azeyra sering dibuli oleh Zhariff. Sehinggalah ada satu kejadian yang membuat Azeyra berpindah sekolah, di sekolah baharu. Dia mengharapkan harapan cerah. Tetapi, Zhariff tetap mengekor walau dimana dia berada sehingga mereka menjadi rakan baik yang menemeni Azeyra. Sehinggalah genap setahun dan mereka mulai tidak sama kelas dan renggang. Kemudian, muncul Najihah yang semakin rapat di sisi Zhariff. Dan saat Zhariff bersama Najihah, baru Azeyra sedar betapa sayangnya dia terhadap Zhariff. Malah, Hadi mula membuat hal dengan sifat... Adakah Azeyra akan  meluahkan isi hatinya untuk mengusir Najihah daripada hidup Zhariff atau Najihah punyai muslihat yang lain? Nantikanlah...

Monday 14 December 2015

Sofiah Jeles ke?

Dalam dua minggu lepas Ainaa record video Kak Long, Kak Ain sekeluarga pulak datang rumah Ainaa. Sofiah sampai-sampai rumah Ainaa terus dia naik bilik Ainaa dia cari baju.

Ainaa : Eh Pia cari apa ni?
Sofia : Pia jeles la makusu, Pia nak macam Kak Long jugak
Ainaa : Macam Kak Long macam apa?
Sofia : Makusu ni, dahla Makusu hantar video Kak Long dekat group WhatApps. Makusu ingat Pia takde whatApps ke?
Ainaa : Laa, mana la makusu tau Pia pun nak. Sorry-sorry
Sofia : Dahla Makusu Pia kena mandi dulu pastu baru boleh buat macam Kak LOng
Ainaa :Haha yela yela

Ainaa pun tak sangka dan tak terfikir pun boleh jadi gini. Adoii yai. Tapi Sofiah ni lagi bagus. Dia takpayah edit banyak sangat, sebab dia da pandai. Dia sendiri pilih lagu korea Duguen Duguen tu. Tak payahla Ainaa sebok sangat kacau dia punya Video, takat letak lagu, edit filter kasi lawo, pastu letak shining-shining sikit. Masa buat video tu, Hafiz (adik Sofia) kacau pulak. Alang-alang Hafiz ada, masukkan sekali la. Cuma kalau dorang punya pergerakan perlahan ikut tone, pastu Hafiz sweet sikit baru okay. Hope korang enjoy tengok video adik beradik ni...

Finally walaupun terlalu simple. Tapi agak best lah hehe


yang ni penyanyi sebenar lagu duguen duguen tu- Sunny Hill


Ainaa takkan tau lagu ni kalau dia tak masukkan dalam cerita The Greatest Love
Da lama da cerita tu. Nangis-nangis gak Ainaa tengok ending dia


Wednesday 9 December 2015

Kak Long Part 3

Semua ahli keluarga Ainaa da tengok video yang Ainaa edit. Pastu kalini Kak Long cadangkan pakai baju seksi pulak. 

Solehah : Makusu, makusu takde baju yang seseksi ke??? 
Ainaa : takdelah, makteh banyaklah, makusu punya baju banyak da buang

*pergi bilik sebelah, ketuk pintu*

Solehah : Makteh, bukaklah pintu ni
Syana(kakak ke-6) : *jerit dari dalam* Nak apa?
Solehah : Kitorang nak pinjam baju boleh tak?
Ainaa : Nak buat apaaa??
Solehah : model-ii
Syana : apa tu? tak dengar la
Solehah : model-ii
Syana : takdengar, cakap kuat sikit
Solehah : Eyyy, makusu tengok makteh ni. Kak Long da cakap kuat-ii da

*Ainaa pun apalagi ketuklah pintu tu kuat-ii pastu jerit*

Ainaa : SYANA!! Solehah nak pinjam baju, bagi jeleeee!
Syana : hah apa? baju? buat apa?
Ainaa : Dahla kak Long, kita takyah kawan makteh kan?

*tetiba je Syana bukak pintu*

Syana : Hahaha, ok ok nak apa? masuklah
Solehah : Yeayy!

*dan akhirnya kitorang pilih baju T-shirt wane kelabu gitu*


terhasillah video ni, dengan baju MakTeh 
(Fifth Harmony- Worth It) 


Kak Long Part 2

Selang beberapa minggu, Syima(anak ke-7) tengok video yang Ainaa rakam. Time tu jugak Emak dengan Ayah pergi Johor, terpaksalah Kak Mas anak beranak datang rumah Ainaa. Macam biasa, sebelum tidur kitorang borak-ii sampai Kak Long dengan Syidah tertido. 

Solehah : Mak Usu, jom tangkap video lagi?
Ainaa : okay je, kalini tema bunga, pakai bunga ungu, pastu baju pink
Solehah : Okay

Akhirnya terikat la sebuah perjanjian


Esoknya, masa tengah cari baju untuk rakam, Syima suruh Solehah pakai baju dia. 

Syima : *atas katil* cuba Kak Long pakai ni muat tak.

Mula-ii Ainaa tak setuju sebab yelahkan Ainaa nak bunga tu ada dalam video, habeh ranap barapan, last-ii dapat buat yang SIMPLEEE

Tuesday 8 December 2015

Kak Long Part 1

Ada satu hari ni, Kak Mas datang rumah Ainaa duduk dalam dua tiga hari. Macam biasa Solehah dengan Syida tidur ngan Ainaa. Malam tu, dalam pukul 1030 camtu, Kak Long (panggilan nama untuk Solehah) menari-nari Hindustan (almaklum baru lepas tengok Kuch Kuch Hota Hai Xp). Dia pun amek la shawl Ainaa warna merah dia campak (macam Anjali). 

Ainaa : Kak Long asal tetiba meroyan ni?
Solehah : Kak Long rasa kak Long suka budak yang rambut dia sama dengan Kak Long
Ainaa : Anjali? Cuba Kak Long buat gaya budak tu sikit, makusu tangkap gambar
Solehah : Kak Long malulah makusu. (tutup muka dia dengan shawl)

*puas pujuk punya pujuk*

Solehah : kalau Makusu nak tangkap gambar kak long, makusu kena bagi kak long pakai baju mak usu
Ainaa : Kalau camtu esok kita main model-ii nak tak?
Solehah : Nak nak!
akhirnya terhasillah video ni. Shawl merah basuh, terpaksa pakai shawl biru




Anak Buah

Ainaa ada cerita kan yang ada tiga orang kakak Ainaa dah kawen? Da lama dorang kawen, mesti da ada anak, then anak dorg jadi Anak Buah Ainaa. Kakak Ainaa yang pertama ada 4 orang anak :3 . Kakak yang kedua, Kak Mas pulak ada 3 orang anak! XD so Ainaa ada 4+3 =7 Anak Buah hehehe. Biar Ainaa list nama dorg semuaaa

Anak Kak Ain :                                               Anak Kak Mas :

1. Ain Sofiah (8)                                            1. Nur Aini's Solehah (6)
2. Muhd Hafizuddin (7)                                  2. Nur Aini's Syahidah (5)
3. Ain Suraya (3)                                           3. Nur Aini's Syafinah (2)
4. Muhd Amiruddin (still baby)                  

Nak tau best ke tak ada Anak Buah ni? Mestilah BEST gile ke x BEST? Bayangkan korang anak bongsu, adik beradik lain semua da kawen, kolej, hostel, tahfiz busy sana sini. Akhirnya tinggal korang dengan sorang je kakak. Tu pun tahun depan InsyaAllah makan nasi minyak. Mesti BORING gila kan? Sebab tu Ainaa tak lepaskan peluang main dengan dorang kalau dorang datang rumah Ainaa. Ainaa selalu tangkap gambar dorang, pakaikan baju Ainaa kat dorg, pakaikan dorg tudung. Gedik benau dorang ni, ikut MakUsu dia lah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ye dok? Kadang-kadang Ainaa main masak-ii dengan dorang, sebab tu ramai kawan Ainaa panggil Ainaa tak matured. Dengan ini Ainaa akan persembahkan video dan gambar Anak Buah kesayangan Ainaa.

hope vid The Green Hyperz ni boleh buat korg kenal dengan anak buah Ainaa

Hai Blogger?

Assalamualaikum,

First of all, saya akan memeperkenalkan diri saya. Nama saya ialah Ainaa Mathirah. Saya akan bahasakan diri saya Ainaa. Ainaa berumur 14 tahun. Lahir pada 9 May 2001 #tarikhpenting . Tiada apa yang menarik tentang diri AinaaAinaa cuma seorang manusia biasa yang punyai impian dan seribu angan. Malah, sentiasa ada idea untuk sebuah karya cerpen cuma bila saya duduk depan laptop ingat semangat nak tulis tapi HAMPEHH, time tu pulak terfikir siapa nama lelaki tu, camner ending dia, apa ayat yang sesuai dan masalah utamanya adalah TIRU, Ainaa takut gegile bila saya buat dan publish ke blogger, mesti ada je yang comment cakap Ainaa ni meniru cerita itu ini. So, sampai skng Ainaa takut nak publish. Jadi, silakan membaca. xoxo

Bismillah, dengan ini Ainaa akan menceritakan serba sedikit tentang diri Ainaa.

Ainaa suka makan, seriously Ainaa suka makan, terlalu cintakan makanan sampai tak ada masa untuk bercinta. INGAT YE, bercinta bukn bermaksud CRUSH tak ada hahaha


one of my fav, kat rumah pun boleh buat pancake

Lagi nak cerita pasal apa? Okay let's continue with family. Ainaa ada 9 adik beradik. Ainaa yang ke 9. 6 perempuan 3 lelaki. Tiga orang kakak Ainaa dah kahwin. So, Ainaa akan ceritakan serba sedikit tentang mereka.

Ahmad Amran (my hero)
-berkahwin (dengan emak! haha)
-9 anak (kami lahh tu)
-tegas tapi ada sebab. dia sentiasakan mahukan yang terbaik buat kami semua, anaknya
-senior manager di TNB

Rohani (pemaisuri hati Ainaa)
-berkahwin (dengan di atas :p)
-THE BEST COOKER (paling sedap asam pedas)
-semua kakak Ainaa pandai masak asal dari usaha dia mengajar kami sehingga pandai. Dia tidak pernah membiarkan anak gadisnya berkahwin sebelum handal memasak.(ayah Ainaa dan Ainaa menjadi tukang rasa)

**Harap maaf, Ainaa tidak boleh dedahkan identiti adik beradik lain, sebab takut ada kes, lagipun Ainaa kena minta kebenaran drpd mereka. Sorry.

                                      ainaa hantar gambar tangan dulu hehe


 

Angry Ainaa Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates