Monday 12 December 2016

All About Twig lockscreen! (Malay Version)

SEBELUM KORANG BACA, AINAA ADA BUAT 2 VERSION, 

MALAY DGN ENGLISH, 

SCROLL KE BAWAH UTK BACA ENGLISH VERSION. THANK YOU :)


1. Apa itu Twig?

Skrin kunci (lockscreen) yang memberi ganjaran kat korang dgn memaparkan tawaran, promosi dan berita aliran secara langsung kat skrin kunci korang. Korang boleh dapat mata setiap kali anda 'swipe' untuk membuka kunci atau ke atas tawaran dalam aplikasi.

Twig hanya boleh didapati pada peranti Android SAHAJA. Tablet tidak disokong!


2. Bagaimana Twig berfungsi?

'swipe' ke kanan untuk skrin utama anda

'swipe' ke kiri untuk melibatkan diri dengan kandungan

'scroll' ATAS atau BAWAH untuk melayari kandungan

'swipe' KANAN atau KIRI  membolehkan korang memperoleh mata Twig


3. Apa yang akan saya lihat di skrin kunci saya?

  • Tawaran dan promosi dari jenama yang korang suka
  • Artikel berita dan cerita-cerita dari pelbagai 'entertainment page' yang akan menghiburkan anda setiap hari
  • Gerenti korang tak bosan setiap kali bukak fon korang. Ada je benda yg best. Contohnya, page 9GAG, Penmerahdotcom dan BANYAK LAGI!

4. Bagaimana saya mendapat lebih banyak mata?

Korang boleh dapat banyak lagi mata ganjaran dengan melayari laman web, melengkapkan misi dan memuat turun aplikasi baru dalam aplikasi. 


5. Apakah yang boleh saya tebus dengan mata ganjaran saya?

Korang boleh menebus mata anda untuk ganjaran baucar seperti tambah nilai mudah alih (topup), baucar permainan & token, kandungan & media, e-Commerce dan baucar runcit.


6. Berapa banyak mata Twig perlu saya sebelum saya boleh menebus mereka?

Anda boleh menebus ganjaran yang menarik dengan sekurang-kurangnya 5,000 mata Twig. Setiap 1000 mata Twig bernilai RM1 dalam ganjaran baucar.


MACAM MANA KORANG BOLEH DAPAT MATA DENGAN LEBIH MUDAH MENGGUNAKAN TWIG Lockscreen?

1. Membolehkan lockscreen anda dan mendapat 5 mata atau 2 sebaik sahaja anda membuka peranti anda.

2. Semasa pendapatan mata, anda boleh menyemak imbas tawaran, berita & promosi secara langsung pada skrin kunci anda.

3. mata yang mencukupi Selepas mempunyai, anda boleh menebus ganjaran yang anda suka bernilai sehingga RM50 secara percuma.

CARA MENDAPATKAN TOPUP / Reload Prepaid PERCUMA? (Maxis, Celcom, DiGi, U Mobile, TuneTalk)

1. Muat turun Twig Lockscreen pada peranti android anda. (Lain-lain tidak disokong)


2. Lengkapkan profil anda.

(Profil pic, e-mel, jantina, hari jadi, bahasa, belajar atau bekerja, negeri (KAT MALAYSIA SAHAJA!), rangkaian telefon mudah alih dan kepentingan)


3. Masukkan Kod Referrel saya (FQUJ2) dan menebus 1300 mata.


4. Jemput rakan-rakan anda! dan mendapat lebih banyak mata!


5. Pilih dan menebus dengan mata anda!

* Twig Lockscreen bukan scammer! Ia betul-betul berkesan! TRUST ME!


btw ini adalah kod rujukan Ainaa. bila korang redeem kod ni, nanti dapat 1300, and Ainaa pun akan dapat 1300 mata :)

maksudnya, kalau korang invite kawan2 korang buat benda ni jugak, nanti korang dapat 1300, kawan korang pun dpt 1300. BERBALOI KAN?

FQUJ2


All About Twig lockscreen (English Version)


1. What is Twig?

A lock screen that rewards you for displaying deals, promotions and trending news directly on your lock screen. Earn points every time you swipe to unlock and by acting on offers in the app.
Twig is currently only available on Android mobile devices. Tablets NOT supported!

2. How Twig works?

  • Swipe RIGHT for your home screen
  • Swipe LEFT to engage with content
  • Scroll UP and DOWN to browse through content
  • Swiping RIGHT and LEFT earns you Twig points

3. What will I see on my lock screen?

  • Deals and promotions from brands you love
  • Trending news articles and stories that will keep you entertained daily
  • Guarantee you guys won't bored!

4. How do I earn more points?

You can earn more points by browsing websites, completing missions and downloading new apps in the app

5. What can I redeem with my reward points?

You can redeem your points for rewards vouchers such as mobile reloads, game vouchers & tokens, content & media, e-Commerce and retail vouchers.

6. How many Twig points do I need before I can redeem them?

You can redeem attractive rewards with a minimum of 5,000 Twig points. Each 1,000 Twig points is worth RM1 in rewards vouchers.

HOW CAN WE GAIN POINTS MUCH EASIER USING TWIG LOCKSCREEN?

1. Enable your lockscreen and gain 5 points or 2 once you open your device. 
2. While earning points, you can browse deals, news & promotions directly on your lockscreen. 
3. After had enough points, you can redeem rewards you love worth up to RM50 for free. 

HOW TO GET FREE TOPUP / Prepaid Reload ? (Maxis, Celcom, DiGi, U Mobile, TuneTalk)
1. Download Twig Lockscreen on your android device. (others not supported)
2. Complete your profile
(Profile pic, email, gender, birthday, language, studying or working, state (in MALAYSIA ONLY!, mobile phone network and interests)
3. Enter my Referrel's Code (FQUJ2) and redeem 1300 points.
4. Invite your friends! and gain more points!
5. Choose and redeem with your points!

*Twig Lockscreen is not scammer! It totally works! TRUST ME!
btw this is my referral's code. 

FQUJ2

Saturday 10 December 2016

2014 in memories :')

 07 NOVEMBER 2014



Hari persembahan untuk kumpulan koir. And yeah, Ainaa PERNAH join koir.
So kiri sekali our senior, dia form 2 and kitorang form 1. Phua kot nama dia, and sebelah Ainaa ialah Jie Ling. BEST CHINESE CLASSMATE!

Kitorang sama kelas since form 1 (1Kempas) and form 2 still sama (2Jati) . Then masa form 3, Ainaa naik ke Cengal, tapi sygnya kedudukan dlm kelas dia bawah Ainaa je. Dia tak pernah mengamuk bila budak melayu ejek nama dia jadi ‘JULING’ . act Ainaa pun pernah terpanggil sekali je.

















 So yang sebelah kanan Ainaa tu ialah Nisa. She is my best classmate masa form 1. Time ni takut gila nak keluarkan phone (budak2 kan) takut cikgu rampas bagai HAHAHA! Time ni guess apa yg mnjadi trend time tu.. Yes, kecikkan bibir time selfie jadi trend kot time tu XD and tidk ku sangka tidak ku duga kenapa Ainaa pun buat? Pikir cute? Okay hai Nisa, kau ingat tak zaman kegemilangan kita dulu? Kita bukannya jenis hadap buku 24jam, pastu dahla selalu borak kat dalam kelas. Actually kita tiga. Aku, kau and Thara. Aku jumpa kau dgn Thara pun sebab cikgu randomkan kita punya tempat duduk (sebab aku selalu sgt buat bising dengan ecah HAHAHA) tapi tak jadi apa pun kalau tukar tempat aku, Aku tetap bising dengan korang. Mula2 aku igt kau snoobish gila! End up aku rindu kau punya suara sekarang :’) Aku duduk tengah, kau kanan aku, Thara kiri aku, aku selalu bawak phone dulu, tapi takut nak keluarkan sebab Thara PREFECT XD! Dulu kita suka lagu Rude, selalu borak, and kita punya result tak jauh beza dekat sgt. Kau nombor 1, aku nombor 2, Thara nombor 3. Padahal kita bukannya ulat buku 24 jam. Takdir Allah buat kita jatuh naik sama2 and takdir Allah jugak, Thara dgn kau naik kelas Cengal. Aku rse patah betul hati, nak dgn korang. Aku igt lagi yang kita selalu berduet nyanyi lagu Rude, and disebabkan kita tak hafal, aku google kat sekolah lirik lagu Rude. Sampai Thara pun marah. “Ainaa.. how many times I told you DON’T BRING YOUR PHONE TO SCHOOL!   


Dari tadi cakap pasal Thara and Nisa. Hah kalau nak tau, sebelah Ainaa tu Yasmeen (#fbf) , and yg kanan sekali tu lah Tharaneythevy. Dulu semua org tak reti nak eja nama dia, cikgu pun kena sebut dua kali sebab tersalah sebut, 
but me, the only one (kot) yg still igt how to spell your full name Thara..

Thara, you dengan Nisa terus ke kelas Cengal and leave me alone :’( time dapat tau kita kelas mana, you terus Whatsapp I and said, 
“Ainaa, kenapa I yg masuk cengal? I got number 3 but you number 2 in class!” 
and semua orang mesti tau kan, sistem sekolah nak seimbangkan bangsa pelajar di setiap kelas. Kena average, kalau betul2 ikut result nanti habis kalau semuanya perempuan or semua chinese. Time tu ada jugak tak puas hati tapi bila form 3 ni dah masuk kelas Cengal, baru dapat rasa macam mana perit kot duduk Cengal. 
Btw Thara…I still remember your text “Ainaa, we’re nothing without you” 
                   (time ni nak nangis kot)                   

But it’s okay , mungkin ada hikmah di sebaliknya.



19 November 2014

Inilah hari apabila Jamuan kelas Kempas diadakan.


Time ni Ainaa bebetul menyesal dengan SIKAP NAK SANGAT MEMIMPIN Ainaa. 

Sebab time tu Ainaa selfish gila nak prepare semua benda. Konon nak beli Uncle Jack je senang kan beli kat giant, but others nak burger with Rm5 XD kelakar betul sampai gaduh2 dalam grp whatsapp. 

Tpi mmg bernas ah idea Hanna, dorg prepare burger kat rumah and cost takdelah mahal mana. Sorry guys dulu ego melambung-lambung. Sekarang Ainaa da mula dengar pendapat orang lain, and bincang secara perlahan, tragedy ni buat Ainaa sedar atas kesilapan sendiri! 



So end of the year 2014! Thank you! 
Ni hanyalah perkongsian kisah Ainaa kat sekolah sepanjang 2014 :')
 harap segala memori indah kekal di ingatan dan yang pahit di buang jauh2!
Salam ingatan, Angry Ainaa, 10 Dec 2016

Tuesday 1 November 2016

Resepi Ayam Goreng Mamak

Hai semuaa!! Harini Ainaa ada buat Ayam Goreng Mamak gitu.. Ainaa dapat resepi ni tak tau dari mana, maybe Google. sebab Ainaa jumpa resepi ni dekat dalam laptop Ainaa, so why not Ainaa but and share kat korang? 

So... here we go!


AYAM GORENG MAMAK

Bahan2:
1 ekor AYAM
6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu besar rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara:
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak


TIP: 
* blend bahan kisar dengan air yang bernisbah sedikit supaya pekat then gaul dgn cili kisar
* kalau nak lagi meriah tambah sedikit serbuk warna merah.
* goreng dengan minyak yg banyak, mula2 masak dengan api kuat kejap je. 
kalau ayam tu da nampak cam sedikit garing, kecikkan api barulah dalam dia berjuicy.

source from Google

Monday 31 October 2016

Mutiara Bonda KOMSAS Tingkatan 3

Sinopsis
Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang  yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis  semasa serbuan polis di sebuah pondok  yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz  tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.



Tema                                                                                                


Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.


Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.



Persoalan


i.        Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.


Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil.


ii.        Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.


Contoh: Keempat-empat  orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.   


iii.        Keciciran pelajar luar bandar.


Contoh:  Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.


iv.        Masalah sosial dalam kalangan remaja.


Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya  yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan ganja.


v.        Tekanan  hidup anak bekas banduan.


Contoh:  Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh terlibat dalam kes dadah


Plot


i.        Permulaan


Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang  sangat  gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran  di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat  ketika membesarkan adik sehingga  berjaya. Ketika  Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.


ii.        Perkembangan


Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga  dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.


iii.        Puncak


Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd.  Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.


iv.        Peleraian


Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya  dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.



Teknik Plot


i.        Pemerian


Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah perkhabaran daripada adik di Jordon


ii.        Dialog


Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik) keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku.


iii.        Imbas Kembali


Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya  ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.


iv.        Kejutan


Contoh:  Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah tangan.


v.        Saspens


Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak.


vi.        Konflik


Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu.



Watak utama


Adik


i.        Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi.


ii.        Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.


iii.        Degil dan keras hati. 


Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam.


iv.        Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. 


Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.


v.        Panas baran.


Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah  bonda enggan memberikannya.


vi.        Insaf akan kesalahan yang dilakukan.


Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya.


vii.        Berpelajaran tinggi.


Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.



Watak Sampingan


Bonda


i.        Ibu tunggal yang kematian suami.


ii.        Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.


iii.        Gigih membesarkan anak-anak.


Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.


iv.        Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup.


Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku.


v.        Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya. 


Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.


Kak Cik


i.        Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.


ii.        Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya. 


Contoh:  Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.


iii.        Anak yang bertanggungjawab.


Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.



Latar


Latar Masa


i.        Waktu pagi


Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap untuk ke taski.


ii.        Waktu senja


Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.


iii.        Waktu malam


Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.



Latar  Tempat


i.        Rumah Bonda


Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda sehingga terluka.


ii.        Pondok di dusun


Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik berkumpul dan menghisap ganja.


iii.        Atas katil


Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.


Latar Masyarakat                                                                                                    


i.        Masyarakat yang gigih mendidik anak.


Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.


ii.        Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.


Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.


iii.        Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.


Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya  terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah.


Gaya Bahasa


i.        Personifikasi. Contoh:     -    tikaman masa lampau yang menajam di ingatan


ii.        Hiperbola. Contoh:    -    melangit tingg   -    berasap-asap bara meluat


iii.        Sinkope. Contoh :    -     “Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”


iv.        Pengulangan. Contoh :   -    tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking


v.        Simile. Contoh:  -     perangainya persis syaitan-     bonda bagai tercampak ke pulau hana


vi.        Peribahasa. Contoh:   -    bersengkang mata -    mengembalikan manikam ke dalam cembulnya



Nilai


i.        Nilai kasih sayang. Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .


ii.        Nilai bertanggungjawab. Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya.


iii.        Nilai kesabaran.


Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.


iv.        Nilai kegigihan.


Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga  berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.


v.        Nilai keinsafan.


Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar semula.


vi.        Nilai ketabahan.


Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.



Pengajaran


i.        Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.


Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.


ii.        Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.


Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya.


iii.        Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar.


Contoh: Adik berhenti sekolah ketika  darjah enam.


iv.        Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.


Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya menampar adik.


v.        Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.


Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.


vi.        Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.


Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.
 

Angry Ainaa Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates