Thursday, 12 May 2016

Cara Menghilangkan Jerawat

Anda punyai jerawat? Begitu banyak? Malu untuk keluar dari rumah? Sampai bila anda ingin menjadi seperti Katak Di Bawah tempurung??? INILAH MASANYA, Angry Ainaa akan tolong anda. 6 Langkah yang wajib anda ketahui, kalau langkah perkara tak membuahkan hasil, go to the next step until the end, kalau tak hilang jugak, berserah pada yang maha Esa...


1) Menggunakan Ais Batu
Ais batu berperanan untuk meningkatkan peredaran darah pada kawasan sekitar jerawat sekaligus membantu mengecilkan pori-pori pada kulit, membunuh bakteria penyebab jerawat, menghilangkan kotoran pada kulit dan menghilangkan minyak berlebihan yang menumpuh pada kulit.

Cara Mengatasi Jerawat Dengan Ais Batu
Sediakan ais batu secukupnya
Bungkus menggunakan kain yang bersih
Tempekkan pada kawasan wajah yang berjerawat secara merata
Tahan selama beberapa minit dan lepaskan kalau da tak dapat menahan rasa sejuk!         
Ulangi lagi terus proses tersebut selama berkali-kali sekitar 10-20 kali
Lakukan cara ini dengan rutin hingga jerawat benar-benar sembuh

 2)Menggunakan Madu
Madu memang mmeiliki banyak khasiat dan manfaat bagi kesihatan tubuh yang tak dapat diragukan lagi. Madu juga mengandungi antibiotik yang sangat tinggi. Madu dapat mencegah jangkitan merebak yang mengakibatkan meradangnya jerawat.

Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Madu
Sediakan madu asli (bukan madu pengeluaran kilang)
Sapukan pada jerawat menggunakan kapas
Biarkan kira-kira 25-35 minit
Bersihkan wajah menggunakan air bersih selepas
Lakukan rutin sehingga mendapatkan hasil yang maksimum

 3)Menggunakan Buah Lemon
Salah satu buah-buahan yang mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi ialah lemon. Lemon sangat baik jika digunakan untuk merawat jerawat, lemon boleh mengecilkan jerawat dengan cepat. Tetapi yang perlu diingat ialah pergunakan lemon yang masih segar dan cara ini mungkin tidak sesuai untuk kulit yang sensitif.

Cara Menyembuhkan Jerawat Menggunakan Lemon
Sediakan 1-2 buah lemon segar
Peras lemon dan taruh airnya pada wadah
Basuhkan air lemon pada wajah yang berjerawat menggunakan kapas
Lakukan ini secara rutin saat malam menjelang tidur



 4)Menggunakan Bawang Putih
Bawang puti yang biasa digunakan sebagai bumbu dapur ini merupakan antikulat, antiseptik, antioksida dan antivirus yang sangat bermanfaat sekali untuk wajah berjerawat. Bawang putih juga mengandungi sulfur yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.

Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Bawang Putih
Ambil bawang putih dan potong 1 ulas bawang putih menjadi 2 bahagian
Gosok-gosokkan bawang putih yang telah dipotong ke jerawat dan biarkan selama 5-10 minit
Cucilah wajah menggunakan air bersih
Lakukan ini secara rutin sehingga mendapatkan hasil yang maksimum

 5)Menggunakan Buah Tomato
Tomato merupakan buah-buahan yang juga kaya dengan kandungan Vitamin A dan Vitamin C. Kandungan vitamin yang tinggi tersebut membuat buah tomato sangat baik untuk dijadikan ubat alami untuk menghilangkan jerawat.

Cara Mengobati Jerawat Menggunakan Buah Tomat
Sediakan 1 buah tomato yang matang (kemerahan)
Potong buah tomato menjadi kepingan nipis-nipis
Tutup kawasan jerawat dengan hirisan tomato tersebut
Biarkan kira-kira 10-15 minit
Lakukan dengan rutin

 6)Menggunakan Buah Limau Nipis
Limau nipis umumnya dipakai oleh ibu rumah tangga untuk keperluam memasak dan mencuci pinggan-pinggan kotor. Selain itu limau nipis juga banyak sekali dijadikan sebagai ubat kerana banyak mengandungi Vitamin C. Limau nipis boleh dijadikan ubat untuk menghilangkan jerawat yang cukup berkesan.

Cara Menghilangkan Jerawat Menggunakan Limau Nipis
Sediakan 1 buah jeruk nipis
Perah untuk mendapatkan airnya dan turun sekitar 1-2 sudu makan
Campur dengan madu 1-2 sudu makan
Sapukan pada jerawat menggunakan kapas
Biarkan selama 10-20 minit
Bilas dengan air suam sehingga bersih
Lakukan dengan rutin hingga jerawat sembuh


Itulah beberapa cara yang boleh anda cuba untuk menghilangkan jerawat pada wajah anda dengan berkesan dan cepat. Merawat saja tidak cukup di bawah beberapa hal yang dapat mencegah terjadinya jerawat pada wajah anda:

Elakkan memakai kosmetik yang berlebihan dan berbahaya bagi kulit
Jangan menyentuh wajah yang berjerawat
Jangan memicit jerawat anda
Bersihkan wajah dengan cuci muka sekurang-kurangnya 2X sehari
secara kerap Bersenam
Perbanyakkan meminum air putih
Elakkan fikiran dari stress

All the best :) xoxo Angry Ainaa 

0 comments:

Post a Comment

 

Angry Ainaa Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates