Thursday, 24 August 2017

Pendidikan Islam T4 - Zikrullah Pengubat Hati (Adab)


 1.      MAKSUD ZIKIR :
·         Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan

2.       TUNTUTAN BERZIKIR KEPADA ALLAH
·         Ia merupakan cara manusia berhubung dengan penciptanya
·         Orang bertakwa sentiasa mengingati dalam semua keadaan
  3.     ADAB BERZIKIR
·         Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya
·         Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
·         Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat didalam nas al-Quran atau as-Sunnah
·         Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
·         Menggunakan suara yang perlahan
·         Perbanyakkan berzikir dalam suasana genting
·         Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
·         Tidak berzikir semasa qadhak hajat

4.       SEBAB PERLU BERADAB KETIKA BERZIKIR
·         Supaya tidak menggunakan ketenteraman orang lain
·         Untuk mencapai kesempurnan dalam ibadat
·         Selaras dengan sunat rasulullah s.a.w
·         Supaya zikir diterima Allah
·         Berdisiplin dalam menunaikan ibadat

5.       HIKMAH BERADAB KETIKA BERZIKIR
·         Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya
·         Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang
·         Mendidik jiwa supaya mengingati Allah
·         Mendapat pahala

6.       LAFAZ DAN MASA YANG AFDHAL UNTUK BERZIKIR
·         لا إله إلا الله
·         Pada awal pagi
·         Selepas solat sunat dan fardhu
·         Semasa dalam sujud terakhir dalam solat

7.       KESAN MENGAMALKAN BERZIKIR DEPADA ALLAH
·         Tidak terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana tidak mudah dikuasai syaitan dan mampu                          mengawal nafsu
·         Tidak lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
·         Berada dalam keadaan tenang
·         Dapat menghidupkan hati yang telah mati akibat lalai dengan tuntutan agama

8.       KERUGIAN KEPADA ORANG YANG TIDAK BERZIKIR
·         Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu
·         Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
·         Berada dalam keadaan gelisah

0 comments:

Post a Comment

 

Angry Ainaa Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates